MANILA – Bank Pembangunan Asia (ADB) menurunkan ramalan pertumbuhannya ekonomi Asia pada tahun ini dan tahun depan disebabkan prospek yang lemah di China dan India, sekali gus menunjukkan aktiviti ekonomi yang lebih rendah di rantau ini.

Ia menurunkan unjurkan kepada 5.2% pada tahun ini dan tahun depan berbanding 5.4% dan 5.5% sebelum ini.

ADB yang berpangkalan di Manila berkata, ia turut menurunkan unjuran bagi China pada tahun ini dan tahun depan kepada 6.1% dan 5.8% daripada 6.2% dan 6.0% yang dibuat pada September lalu disebabkan ketegangan perdagangan antara China dan Amerika Syarikat.

“Walaupun kadar pertumbuhan masih kukuh di Asia, ketegangan perdagangan yang berterusan telah menjadi risiko terbesar terhadap prospek ekonomi jangka panjang,” kata Ketua Ekonomi ADB, Yasuyuki Sawada.

Pertumbuhan ekonomi suku ketiga China lebih perlahan daripada yang dijangkakan kepada 6% tahun ke tahun, kadar yang paling lemah hampir tiga dekad dan di bawah unjuran penuh kerajaan antara 6 hingga 6.5%.

ADB juga menurun ramalannya untuk India, ekonomi Asia Selatan yang terbesar untuk tahun fiskal 2019 dan 2020 kepada 5.1% dan 6.5% dari anggaran September sebanyak 6.5% dan 7.2%, disebabkan kelemahan kecairan bagi syarikat-syarikat kewangan bukan perbankannya dan pertumbuhan sektor pekerjaan yang perlahan.

Pertumbuhan Asia Tenggara tahun ini dijangka sedikit rendah daripada yang dijangkakan sebelum ini kerana ekonomi bergantung kepada perdagangan, seperti Singapura dan Thailand yang terjejas dengan ketara disebabkan perang perdagangan dan kelembapan ekonomi global yang lebih luas.

Negara-negara membangun Asia juga menghadapi peningkatan kos makanan, dengan 2019 dan 2020 inflasi berada pada 2.8% pada tahun 2019 dan 3.1% pada 2020, meningkat daripada anggaran awal ADB sebanyak 2.7% untuk kedua-dua tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast