LONDON – Chelsea mara ke pusingan kalah mati Liga Juara Juara Eropah selepas menang 2-1 ke atas Lille awal pagi tadi.
Beraksi di halaman sendiri Stamford Bridge, the Blues kendalian Frank Lampard menguasai 70 minit perlawanan.
Kedua-dua gol pasukan tuan rumah dijaringkan pada separuh masa pertama menerusi Tammy Abraham pada minit ke-19 dan Azpilicueta pada minit ke-35.
Namun separuh masa kedua, Lille berjaya merapatkan jurang gol pada minit ke-78 menerusi bekas pemain Chelsea, Loic Remy.
Gol itu serba sedikit menyebabkan Chelsea cemas berikutan Lille mula memperkemaskan serangan pada lewat perlawanan.
Bagaimanapun pasukan tuan rumah mempertahankan kubunya sehingga wisel penamat. – MalaysiaGazette