KUALA LUMPUR – Semua pimpinan dan anggota parti PKR digesa agar menghentikan budaya berbalas sesama sendiri.
Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenyataan demi kenyataan mengenai perbalahan mestilah menggunakan saluran parti khususnya kepada Lembaga Disiplin.
“Semua kenyataan perbalahan dalaman harus dihentikan serta merta.
“Parti harus tegak atas asas dan khittah perjuangan memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa, membela nasib rakyat semua kaum terutama yang miskin dan terpinggir dari arus pembangunan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, kenyataan balas daripada kedua-dua pihak dalam PKR menghujani media yang jelas mencerminkan bahawa parti itu kini berantakan sesama sendiri.
Antaranya adalah kenyataan Ketua Penerangan PKR, Datuk Shamsul Iskandar Mohd Akin yang menyifatkan tindakan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin yang membongkar beberapa perkara yang kononnya perbualan beliau dengan Anwar adalah satu perbuatan yang jelik.
Sehari selepas itu, Ketua Penerangan Wanita, Syarul Ema Rena Abu Samah pula menempelak Shamsul dengan berkata beliau gagal menjalankan tanggungjawab untuk memastikan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) berjalan lancar.
Syarul Ema Rena melihat Shamsul Iskandar sebagai tidak layak mengeluarkan kenyataan mengkritik Zuraida memandangkan beliau gagal mengawal dan mengurus kongres itu . -MalaysiaGazette
Pandai berlakon…
Bergaduh lh kmu, smua puak2 tak blh pkai.. Itu lh klu gila kuasa, Allah akn tjukn blasan nya..