Reaksi Anwar Ibrahim sebaik keluar dari Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 16 MEI 2018.
Dato’ Seri,
Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri saya, nama saya K. Gunasekaran Kuppan atau lebih dikenali sebagai Chegu Sekar. Saya menyertai Parti Keadilan Rakyat sejak 2004 atas semangat perjuangan reformasi. Perjuangan menentang Rejim UMNO/Barisan Nasional menarik minat saya menyertai Keadilan dan saya tidak pernah menyertai mana-mana parti sebelum itu. Saya pilih wadah perjuangan ini bukan kerana mana-mana pemimpin politik, tetapi hanyalah semata-mata untuk memperjuangkan hak rakyat Malaysia.
Penyertaan bermula dari PRU ke-11 hinggalah saya dilantik sebagai Ketua Penerangan Cabang Kota Raja pada 2008. Seterusnya saya memegang jawatan Timbalan Ketua Penerangan Selangor hingga 2018. Kini saya hanya seorang ahli biasa.
Sebagai seorang ahli yang setia dengan parti, saya turut hadir ke Kongres Nasional 2019 di MITC Melaka. Buat pertama kali kehadiran saya dalam Kongres, saya berasa sungguh hampa sekali kerana Kongres dijadikan medan untuk menyerang pemimpin-pemimpin yang berbeda pendapat dengan Presiden. Serangan jelas sekali terjurus kepada Timbalan Presiden, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali oleh pembahas-pembahas yang disusun oleh penganjur Kongres di bawah pengelolaan Setiausaha Agung Parti.
Dato’ Seri Presiden,
Satu lagi peristiwa yang tidak dapat diterima sama sekali adalah Majlis Penganugerahan Khas Pemimpin kepada Dato Seri Saifuddin Nasution Ismail. Ada dua perkara saya ingin membawa kepada perhatian Dato’ Seri Presiden:
i) Penganjuran Kongres Nasional 2019 adalah di bawah pengelolaan Setiausaha Agung sendiri. Beliau sendiri mencalonkan dirinya untuk menerima Anugerah Khas Pemimpin? Bukankah ini penganugerahan ‘Angkat Bakul Sendiri’?
ii) Saya juga ingin mempersoalkan pemilihan Dato’ Seri Saifuddin Nasution untuk anugerah ini. Bukan saya seorang sahaja yang ingin mempertikaikan penganugerahan ini, malah ramai pejuang tulen reformasi turut berkongsi pendapat saya. Ramai lagi pemimpin yang lebih layak dari Setiausaha Agung yang pernah lari dari perjuangan Parti Keadilan Rakyat.
Beliau juga pernah menyertai PAS. Apabila kita menang 2008 balik semula ke pangkuan parti. Seterusnya, apabila kalah Parlimen Kulim Bandar Baharu 2013, terus tinggalkan perjuangan entah ke mana? Inikah calon untuk menerima Anugerah Khas Pemimpin Parti Keadilan Rakyat?
Dato’ Seri Presiden,
Saya menyeru agar menghargai jasa pejuang reformasi tulen yang masih setia bermula 1998 hingga sekarang. Jangan kita meniru budaya UMNO BN yang hanya pilih ‘kaki bodek’.
Akhir kata, saya memohon jasa baik Dato’ Seri Presiden supaya kembali kepada landasan perjuangan asal Parti Keadilan Rakyat. Jangan lupa pengorbanan ahli-ahli atau pemimpin-pemimpin yang berjasa kepada parti keramat ini semasa Dato Seri dalam penjara walaupun  berbeda pendapat.
Sekian, Terima Kasih.
Yang Ikhlas,
K.Gunasekaran Kuppan
@Chegu Sekar
Ahli Biasa

6 Komen

  1. Parti keramat? Maap cakap laye Cikgu Sekar, keramat kat celah mana tu? Jika pengasas Parti Kunyit Rakus aka Parti Koyak Rabak ini sendiri adalah atas kepentingan peribadi bukan kepentingan rakyat jelata, keramat apa namanya? Setakat memperjuangkan nafsu mahu menjadi PM tetapi nama masih tercemar dgn keputusan mahkamah bahawa Anwar seorang peliwat, kekeramatan perjuangan parti ini memang sangat mengecewakan. Hendak persalahkan sistem kehakiman zaman itu? Ish ish ish. Kini ada kes hampir serupa yg terbaharu dan sistem kehakiman dgn AGnya berada dlm genggaman rejim diktator cauvinis rasis komunis-teroris D4P-LTTE dgn PKR menjadi sebahagian daripada komponennya, adakah kes terbaru ini juga dianggap sebagai satu lagi ‘konspirasi’ bagaimana? Jika halatuju parti ini tlh pun melencong sejak daripada awal lagi dan anda masih mempertahankan perjuangannya, tak usahlah sebut soal PKR nih parti keramat kerana tiada bukti nyata bahawa ia memperjuangan hak dan kepentingan seluruh rakyat jelata kerana fokus pemimpin tertingginya tetap pada keinginan menjadi PM dan bukan pada membela nasib rakyat memandangkan peluangnya membela nasib rakyat tlhpun wujud sejak zaman PM4 dan kini berulang sejak PH berkuasa, tetapi apakah sumbangan cukup nyata yg dibuatnya demi membela nasib rakyat? Renung2kanlah.

  2. Chegu sekar, budaya bodek2..yg ko kata dlm umno tu foundernya presiden pkr ko skrglah..ko lupa ke dia ni asal parti mn?..

    • Betul lah kat tuan guru, anwar ibrahim tidak blh jadi pm.. Sbb byk benda n perkara yg dia tak lyk jadi pm… Jarap amwar mati dlm agan2 lah.. Or anwar hnya stakat jadi ketua presiden pkr je lh smpai mati.. Lagi pun umur dia pun dah nak hmpir 80 thun dah.. Dah tua, dah tak lyk nk jadi pm dah.. Mahathir sbb jadi pm tu.. Krna tak ada org lain yg lyk jadi pm dlm ph… Klu ikutkan umur, mmg dah tua sgt.. Usia mcn tu.. Lbh baik memperbanyakkn amal ibadat kpd Allah.

  3. Parti keramat ke parti perosak bangsa.. Or parti kiamat.. Dalm pkr ini ada dua perkara satu Ada manusia tomak dan gila kuasa dna yg kedua nafsu sudah mengatasi akal.. Udah2 lah duk bela parti perosak bangsa ni.. Aku lihat parti pkr ni sudah tidak ada hala tuju yg jelas, tang mana perjuangkan keadilan nya.. Aku lihat skrg pkr sudah pejuangkan perosak2 dlm parti.. Bkn keadilan utk rakyat… So fikir2 lh mnusia yg suka, sokong dan syg gila babi pada parti fikir2 lh.. Klu syg kan dan betul2 utk rakyat… Slmt tinggal pkr pru15 nnti… Kita pakat2 hancurkan pkr, dapig, dan pan.

Comments are closed.