JAKARTA – Anak sulung Presiden Joko Widodo menyertai untuk bersaing dalam pemilihan Datuk Bandar Solo.
Gibran Rakabuming Raka bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa dia sedang membina dinasti politik, mewarisi bapanya.
Usahawan makanan berusia 32 tahun itu akan mengadakan pertemuan dengan parti bapanya, Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), yang merupakan parti politik terbesar negara, dalam pemilihan serantau tahun depan.
Gibran memberitahu beratus-ratus penyokong bahawa beliau mempunyai wawasan yang sama untuk membawa lebih banyak kemajuan ke bandar itu.
“Kami mahu Solo melonjak ke hadapan, kami tidak bercakap tentang perubahan lagi, tetapi kami bercakap tentang lonjakan, kelajuan.
“Solo mesti melonjak supaya ia berkembang,” katanya.
Presiden Joko yang dikenali sebagai ‘Jokowi’ memulakan karier politiknya sebagai Datuk Bandar Solo, yang secara rasmi dikenali sebagai Surakarta, dari tahun 2005 hingga 2012 dan menjadi Gabenor Jakarta dari tahun 2012 hingga 2014, sebelum memimpin negara.
Satu tinjauan oleh Universiti Slamet Riyadi yang berpangkalan di Solo pada bulan Julai lalu mendedahkan populariti Gibran sama dengan Achmad Purnomo, Timbalan Datuk Bandar yang berusia 70 tahun
Pada 3 Disember lalu, menantu lelaki Jokowi, Bobby Afif Nasution, 28, juga telah mendaftar pencalonannya untuk Datuk Bandar Medan.
Pembabitan Bobby dan Gibran telah meningkatkan spekulasi bahawa keluarga Jokowi dengan membina dinasti politik namun dinafikan oleh Presiden Indonesia itu.
“Dalam persaingan, calon boleh menang atau kalah. Ia bergantung kepada rakyat yang mempunyai hak untuk mengundi,” kata Jokowi. – MalaysiaGazette