Bangunan Kementerian Kewangan di Putrajaya.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) akan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan pada hari Rabu setiap minggu bermula pada 8 Januari 2020.

Program tersebut yang melibatkan MOF dan agensi percukaian, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), akan berlangsung di Kaunter Setempat Tingkat 1, Blok 8A, Jalan Tuanku Abdul Halim Kuala Lumpur bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

Pegawai kanan MOF dan LHDNM akan bekerjasama dalam program ini bagi melangkaui formaliti, sebagai inisiatif bersama untuk memudahkan urusan pembayar cukai dan orang ramai berkaitan dengan isu cukai langsung, kata Mneteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Menurutnya, semua pembayar cukai yang mempunyai masalah atau aduan berkaitan dengan LHDNM diminta menghadiri
Hari Bertemu Pelanggan pada setiap hari Rabu mulai 8 Januari 2020.

“Menerusi program ini, MOF dan LHDNM akan berkongsi maklumat, kepakaran dan sumber manusia dalam teras percukaian agar segala urusan dan aduan pembayar cukai dapat diselesaikan dengan segera.

“Semoga inisiatif ini akan dapat membantu orang ramai menyelesaikan isu cukai mereka dan seterusnya mewujudkan
masyarakat yang celik cukai,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast