Boris Johnson. foto Agensi

NEW YORK – Dolar AS susut berbanding pound Britain pada Jumaat selepas Perdana Menteri Boris Johnson secara rasmi diumum memenangi pilihan raya umum Britain.

Pemimpin Parti Konservatif itu berikrar “merealisasikan Brexit” dan membawa negara keluar dari Kesatuan Eropah (EU) pada 31 Januari 2020, sekaligus menamatkan ketidakpastian yang telah melanda ekonomi sejak referendum Brexit pada 2016.

Berita itu menyaksikan Pound melonjak, lapor agensi berita Xinhua. Pada akhir dagangan New York, euro meningkat kepada 1.1119 dolar AS berbanding 1.1111 dolar AS pada sesi sebelumnya.

Sementara pound British meningkat kepada 1.3338 dolar AS berbanding 1.3132 dolar AS pada sesi sebelumnya.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast