BENTONG – Walaupun Ahli Parlimen Bentong Wong Tack mengisytiharkan dirinya tidak mempunyai sebarang aset termasuk simpanan tetap, rumah dan kereta, tetapi beliau juga menyatakan dirinya tidak miskin.
Kereta yang digunakan adalah dipinjam daripada kawan, rumah yang diduduki adalah milik keluarga besar manakala pendidikan anak-anaknya juga ditanggung syarikat milik keluarga besar.
“Saya bersyukur kerana ada abang, kakak dan adik yang mengasihi saya.
“Oleh itu, saya tidak perlu membeli rumah atau memiliki aset lain,” katanya kepada Sinchew Daily.
Tambah Wong Tack, isterinya dan tiga anak, termasuk dua orang yang belajar di universiti, juga tidak mempunyai aset.
“Anak perempuan yang sulung sudah tamat pengajian dan kini bekerja sambil menjadi sukarelawan di Sabah,”
“Kos pendidikan dua anak lain yang masih berada di universiti pula ditanggung oleh syarikat milik keluarga besar kami,” katanya.
Wong Tack berkata, pengalaman akibat kegagalan dalam perniagaan satu ketika dahulu meninggalkan kesan yang mendalam, sekali gus menyebabkan wakil rakyat itu sanggup melepaskan semua aset yang ada.
“Kereta yang saya gunakan iaitu sebuah kenderaan pelbagai guna tujuh tempat duduk dan sebuah kenderaan pacuan empat roda adalah dipinjamkan kepada saya oleh kawan.
“Kenderaan pacuan empat roda itu bagaimanapun telah dicuri beberapa bulan lalu,” katanya.
Tambah Wong Tack, beliau kini hidup serba mencukupi dengan elaun bulanan lebih RM20,000 sebagai Ahli Parlimen. – MalaysiaGazette
orang lain boleh jadikan contoh walau pun tak kaya tapi tidak susah.