Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang semakin hari semakin terserlah sikap rasis dan cauvinis.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata demikian merujuk kepada tindakan Setiausaha Agung DAP itu yang membantah pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat kes menyanyikan lagu Negaraku dalam bahasa Mandarin.

“Kenapa perlu bantah pihak PDRM menyiasat? Soal bersalah atau tidak, biarlah serahkan kepada pihak berwajib untuk menentukannya.

“Yang pasti menyanyikan lagu Negaraku dalam apa juga bahasa selain Bahasa Kebangsaan adalah merupakan satu bentuk penghinaaan kepada simbol kedaulatan negara dan bukannya isu perkauman,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Sebelum ini, Guan Eng didakwanya acap mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.