Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman Nur Sajat transwoman transgender arrested Thailand fugitive
Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.

SHAH ALAM – Kecuaian pekerja mengira setiap bengkung yang berada dalam kotak ketika ia dibekalkan kepada syarikat Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd, mengakibatkan berlakunya kekurangan bekalan.

Sajat  berkata, pekerjanya yang bernama Wati telah melanggar arahannya untuk tidak mengedarkan bengkung kepada stokis selagi ia tidak dikira satu persatu dari kotak yang dihantar oleh pengilang.

“Saya kecewa kerana pekerja tidak memeriksa isi kotak yang sampai ke premis dalamnya bengkung. Kesannya barang itu tidak mencukupi.

“Sepatutnya dia mengikut arahan. Kotak itu dileraikan terlebih dahulu, tetapi Wati terus ambil dari kotak yang sepatutnya ada 20 bungkusan (bengkung),” katanya kepada Mahkamah Majistret hari ini.

Tambahnya, sebelum ini pernah berlaku kekurangan 1,000 bengkung yang diterima daripada pengilang dan ia kemudian berlaku lagi, yang mana kurang 120 helai sebelum kejadian stokis tidak menerima tempahan mereka.

Namun Sajat mendakwa pekerjanya masih tidak mahu mendengar arahannya supaya mengira semula bengkung yang diterima.

Sebaliknya, mereka terus mengedarkannya kepada stokis.

“Saya tidak benarkan bengkung itu diedar sebelum tidak dikira betul-betul.

“Sebelum ini Wati edar barang (bengkung) itu sebelum kebenaran saya,” katanya di hadapan Hakim Mahkamah Majistret, Izralizam Sanusi.

Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruzaman berdepan saman sebanyak RM200,000 yang difailkan oleh bekas stokis Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd menerusi OWA Resources kerana dikatakan  gagal membekalkan produk bengkung yang sudah ditempah dan dibayar.

Saman itu difailkan oleh, Mohamed Syakir Hussin, dan bekas pekerja syarikat terbabit, Nurwati Hussin.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast