KUALA LUMPURn- Pembuat kepingan akrilik tuangan, Asia Poly Holdings Bhd melalui anak syarikat Asia Poly Bio Gas Sdn Bhd, menandatangani perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu (REPPA) dengan Tenaga Nasional Bhd.
Asia Poly Holdings berkata REPPA, yang ditandatangani pada 12 Dis, mengawal selia obligasi Asia Poly Bio Gas untuk menjual dan menyerahkan serta pengagihan pemegang lesen untuk membeli dan menerima tenaga boleh baharu.
“Pemeteraian REPPA tidak akan memberi sebarang kesan yang ketara kepada modal terbitan dan berbayar, aset bersih dan pendapatan syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2019,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Asia Poly Bio Gas merupakan 51 peratus dimiliki oleh anak syarikat milik penuh Asia Poly Holdings, Asia Poly Green Energy Sdn Bhd.- BERNAMA