Seorang petugas melintasi papan tanda Kuala Lumpur Summit 2019 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 17 DISEMBER 2019.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini percaya rakan sejawatnya dari Pakistan, Imran Khan mempunyai sebab tersendiri kenapa beliau tidak dapat menghadiri Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (Sidang Kemuncak KL) 2019.

“Itu pilihan dia. Kita tidak boleh paksa. Tiada paksaan dalam Islam. Dia tidak boleh datang, mungkin ada masalah lain,” katanya kepada wartawan selepas membuat tinjauan persiapan Sidang Kemuncak KL yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini mengesahkan Imran tidak dapat menghadiri Sidang Kemuncak KL 2019 yang akan berlangsung di sini mulai esok sehingga Sabtu.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.