PUTRAJAYA- Stesen keretapi laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura tetap akan dibina seperti perancangan asal meskipun kerajaan masih belum memutuskan sama ada hendak meneruskannya atau tidak, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Jelasnya, kerajaan merancang untuk meneruskan projek rel berkenaan tetapi masih mencari kelajuan bersesuaian supaya dapat mengurangkan kos.
Semasa kerajaan Barisan Nasional mengumumkan projek tersebut, kosnya adalah sekitar RM55 bilion bagaimanapun angka tersebut dibangkang oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mengatakan terdapat banyak kos tersembunyi sehingga menyebabkan pembinaan projek HSR itu mungkin menelan belanja sehingga RM110 bilion.
“Kami akan meneruskan projek tersebut tetapi masih mencari kelajuan yang bersesuaian. Tidak perlulah mempunyai keretapi berkelajuan 400km sejam.
“Jika anda bergerak dengan kelajuan 400km sejam, anda mungkin boleh sampai ke Alor Setar, jadi kami akan mengkaji berapa kelajuan yang paling sesuai untuk projek ini supaya kosnya dikurangkan,” kata Perdana Menteri semasa sidang media di sini hari ini.
Tegas Mahathir, kerajaan berhasrat untuk mengurangkan perbelanjaan tetapi kos HSR terlalu tinggi.
Dengan itu, kerajaan katanya mempertimbangkan untuk mengurangkan skala projek dan melakukan beberapa penyesuaian supaya dapat mengurangkan kos, termasuk menerusi pengurangan kelajuan tren.- MalaysiaGazette
Hihi klakar lha krjaan ph bg alasan.. Aku nk tgok kos yg mcn mana kurang tu.. Aku bg idea buat kereta pi kayu lh.. Murah sikit..