Setiausaha Politik Presiden PKR, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak (tengah).

KUALA LUMPUR – Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa, Salvador Rizal Mubarak berkata, beliau menemui satu akaun Facebook yang menggunakan namanya untuk menyebarkan laporan berniat jahat bagi menghasut rakyat.

Beliau berkata beberapa status yang dimuatnaik didapati palsu dan mengelirukan.

“Saya diberitahu akan kewujudan sebuah akaun Facebook palsu di bawah nama Farhash Wafa Salvador.

“Setelah meneliti beberapa ‘posts’ serta pautan di dalam laman itu, didapati ianya berbaur fitnah dan menghasut orang awam.

“Saya telah dinasihatkan untuk membuat laporan polis agar orang awam tidak diperdaya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, kepimpinan PKR Perak telah membuat laporan polis tentang akaun FB palsu dan disamping menyebut sebuah lagi akaun yang bernama Pejabat Timbalan Setia juga cukup aktif membuat siaran yang menghasut dan memesong orang awam.

“Kebanyakan daripada ‘posts’ di dalam akaun facebook Pejabat Timbalan Setia adalah propaganda yang memudaratkan.

“Saya berharap pihak berkuasa akan mengambil serius perkara sebegini sebelum ada ahli PKR yang dipersalahkan dalam mengugat ketenteraman awam,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast