MADRID – Pertembungan dua gergasi La Liga Sepanyol Barcelona dan Real Madrid menyaksikan keputusan terikat seri tanpa jaringan.
Dalam aksi El Clasico itu di Nou Camp, kedua-dua pasukan yang bersaing di dua teratas carta liga gagal menjaringkan gol.
Gol Gareth Bale untuk the Galacticos dinafikan selepas rakan sepasukannya Ferland Mendy berada pada posisi offside.
Keputusan itu menyebabkan juara bertahan Barcelona kekal mengungguli carta La Liga dengan 36 mata dengan Real Madrid di tempat kedua dengan perbezaan jumlah jaringan gol.
Kedua-dua kelab itu kini beza lima mata daripada Sevilla yang tewas kepada Villarreal pada Ahad lalu.
Perlawanan itu merupakan pertembungan ke-179 antara Barcelona dan Real Madrid dan sepatutnya berlangsung 26 Oktober lalu.
Bagaimanapun terpaksa ditunda ketika itu ekoran situasi pergolakan di Catalonia.
Kedua-dua pasukan menginap di hotel yang sama dan bergerak ke stadium bersama dua jam sebelum perlawanan atas faktor keselamatan.
Namun, kehadiran beberapa ribu orang yang protes kebebasan Catalan berkumpul di luar stadium menyebabkan wujud cadangan bahawa kehadiran kumpulan itu berkemungkinan boleh membawa kepada penangguhan aksi klasik itu sekali lagi.-MalaysiaGazette