LONDON – Pemain antarabangsa Jepun, Takumi Minamino sah bergelar pemain Liverpool selepas menandatangani kontrak bersama pemenang Liga Juara-Juara itu hari ini.

Bayaran penyerang berusia 24 tahun dilaporkan bernilai £7.25 juta (RM39.29 juta) dari kelab Austria, Red Bull Salzburg, umum pendahulu Liga Perdana itu.

Minamino mula menarik minat Liverpool ketika dua perlawanan Liga Juara-Juara peringkat kumpulan bersama kelab Austria itu.

Dia dikatakan menandatangani kontrak empat setengah tahun.

“Liverpool Football Club mengesahkan perjanjian sudah dicapai dengan Red Bull Salzburg untuk perpindahan Takumi Minamino,” kata kelab itu di laman sesawang mereka.

Minamino yang menjaringkan gol ketika tewas 4-3 di tangan Liverpool di Anfield pada Oktober lalu berkata perpindahan berkenaan memenuhi impiannya.

“Ia menjadi impian saya, impian menjadi pemain Liverpool,” katanya kepada Liverpool.com. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast