KUALA LUMPUR – MalaysiaGazette bakal menganjurkan pertandingan Cabaran Memancing Bersama Media menyaksikan penajaan utama oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada 28 Disember ini.
Turut menaja saingan yang bakal berlangsung di Kolam Ikan Air Masin Kampung Delek Fishing Park, Klang itu adalah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Pemenang bakal membawa pulang wang tunai RM1,000 serta Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bernilai RM1,000.
Wakil penganjur, Noor Asrekuzairey Salim berkata, pertandingan akan diadakan Kolam Ikan Air Masin Kampung Delek Fishing Park, Klang.
“Pengusaha kolam menyediakan kira-kira 700 ekor ikan pelbagai spesies termasuk kerapu, jenahak dan kaci,” kata wakil penganjur yang juga Ketua Unit Produksi MalaysiaGazette, Noor Asrekuzairey Salim hari ini.
Menurutnya, tujuan pertandingan diadakan bagi mengeratkan silaturahim sesama wakil media terutama mereka yang berkongsi minat yang sama.
Cabutan bertuah juga akan diadakan pada pertandingan yang bermula pukul 8 pagi itu dan hadiah yang ditawarkan termasuk set televisyen pintar 40 inci.
Hari ini, Pengurus Besar (Hal Ehwal Korporat) TNB, Datuk Omar Sidek menyerahkan cek replika tajaan bernilai RM10,000 kepada Ketua Pegawai Eksekutif MalaysiaGazette, Noraini Abd Razak di Bangunan TNB Bangsar sebagai simbolik penajaan.
Menurut Noor Asreykuzairey, program memancing bersama media itu merupakan kerjasama media dan TNB buat pertama kali selain program program perlawanan bola sepak dan boling sebelum ini.
Selain, hadiah RM1,000 tunai bakal dimenangi juara, tempat kedua bakal membawa pulang wang tunai RM500 dan cenderahati.
Tempat ketiga akan menerima wang tunai RM200 dan cenderahati manakala tempat keempat sehingga tempat ke-10 menerima wang tunai sebanyak RM50.
Yuran hanya RM100 dikenakan bagi satu joran dan pembayaran boleh dibuat menerusi Maybank – 562768403724 (Kelopak Anggun).
Tarikh tutup pendaftaran 27 Disember 2019 sebelum pukul 12 tengah malam.
Borang penyertaan boleh didapati di pautan berikut: https://forms.gle/TLUnfdW9nur9ihTN7
– MalaysiaGazette