seroang Pakar Saintis Biokimia diangkat sebafai Ratuk cantik Amerika Syarikat 2020.

NEW YORK – Seorang pakar saintis biokimia dari Virginia diangkat sebagai Ratu Cantik Amerika Syarikat (AS) 2020.

Camille Schrier dinobatkan sebagai ratu cantik selepas mempersembahkan eksperimen sains secara langsung diatas pentas pertandingan.

Wanita berusia 24 tahun itu menewaskan 50 lagi wanita pesaing terdekatnya untuk memiliki mahkota itu dalam pusingan akhir pada Khamis di Uncasville, Connecticut.

Dengan berpakaian sut makmal, dia berjaya memikat hati para juri menerusi demonstrasi kimia dalam kategori pertunjukkan bakat setiap peserta.

Selain bergelar ratu cantik AS, dia juga membawa pulang hadiah biasiswa bernilai USD$50,000.

Dalam ucapannya, menyifatkan Ratu Cantik AS adalah seseorang yang perlu mendidik rakyat.

Dia akan meluangkan masa untuk mendidik masyarakat mengenai program keselamatan dan pencegahan dadah.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast