Ratu Tenis nombor satu British, Laura Robson menjalani pembedahan kedua di pinggang dan sedang dalam rawatan pemulihan untuk kemnbai ke gelanggang tenis.

LONDON – Bekas ratu tenis nombor satu British, Laura Robson telah selamat menjalani pembedahan pinggang untuk kali kedua semalam.

Pemain itu dipercayai menderita akibat sakit pinggang sejak beberapa bulan lalu.

Bintang berusia 25 tahun itu trelah menjalani pembedahan pinggang yang pertama pada Jun 2018.

Selepas berehat beberapa bulan dia kembali ke gelanggang pada Februari lalu.

Bagaimanapun Laura tidak beraksi sejak berundur dari perlawanan tenis pada April tahun ini.

“Keputusan dibuat untuk menjalani pembedahan kali kedua di pinggang dan cuba menangani kesakitan itu.

“Saya sangat berharap untuk kembal ke gelanggang secepat mungkin.

“Buat masa ini saya tidak sabar untuk berjalan dengan anjing peliharaan saya tanpa masalah,” katanya dalam Instagram peribadinya hari ini.

Dia juga memuat naik gambar dia terlantar di katil wad hospital selepas proses pembedahan tersebut.

Robson sebelum ini mara ke pusingan keempat Terbuka Wimbledon pada 2013 dan menduduki rangking ke-27 dunia pada tahun sama.

Namun karier tenisnya terjejas dengan kecederaan.

Dia bagaimanapun menjalani pembedahan pada pergelangan tangan pada tahun 2014 dan berehat selama 17 bulan sebelum dilanda kesakitan pinggang.

Dalam status Instagram, Robson tidak menyatakan tempoh masa pemulihan dan bila dia dijangka kembali beraksi atas gelanggang.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast