Timbalan Pengerusi Pemuda MCA, Tan Chee Hiong.

KUALA LUMPUR – Isu peruntukan Tunku Abdul Rahman University College (TAR UC) nampaknya semakin sensitif kepada Pakatan Harapan (PH).

Ini kerana dakwanya satu program mengutip derma bagi TAR UC di Simpang Kuala Pasar Alor Setar, Kedah baru-baru ini menjadi sasaran pihak berkuasa tempatan yang menghalangnya secara tiba-tiba.

“Kenapa kerajaan PH cuba halang kempen kutip derma TAR UC oleh MCA?” soal Timbalan Pengerusi Pemuda MCA, Tan Chee Hiong dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kerajaan PH tidak wajar berbuat demikian kerana ia dilakukan oleh rakyat Malaysia yang simpati dengan TAR UC.

Malangnya, tanpa sebaran notis dan amaran, program berkenaan dihalang dan barangan serta premis terbabit dirampas.

“Kami sukar memahami kenapa penguat kuasa PBT hanya menyasarkan gerai kutipan derma sedangkan peniaga lain tidak diambil tindakan.

“Para penguat kuasa Majlis Bandar Raya Alor Setar nampaknya mengamalkan pilih kasih,” ujar Chee Hiong.

Alasan mereka ia meghalang kelancaran lalu lintas sedangkan ia tidak berlaku, dakwanya.

“Gerai yang disediakan oleh penduduk dan ahli MCA hanya mahu mengutip derma kepada pelajar TAR UC yang memerlukan.

“Kenapa pihak berkuasa menghalangnya,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast