Arteta sudah menggariskan pembaharuan yang akan diterapkan dalam pasukan di Emirates.

LONDON – Pengurus baharu Arsenal, Mikel Arteta berpandangan the Gunners telah hilang hala tuju dan tenaga yang harus dikembalikan segera.

Kata bekas kapten itu,nasib malang itu menimpa Arsenal sejak dia bersara sebagai pemain pada tahun 2016.

Selepas menandatangani kontrak tiga tahun setengah semalam sebagai mengisi kekosongan ditinggalkan Unai Emery November lalu, bekas jurulatih Manchester City berusia 37 tahun itu berkata, tugas berat menantinya untuk memulihkan pasukan untuk kembali ke landasan asal.

“Saya sangat menghormati kelab ini, jika saya tidak rasa belum bersedia untuk untuk memikul tugas berat ini, saya tidak akan duduk di kerusi ini hari ini,” katanya dalam sidang media pertama sebagai bos the Gunners hari ini.

Menurutnya, dia pernah memaklumkan perkara itu semasa meninggalkan kelab akan kembali semula ke Emirates.

“Adalah menjadi impian saya untuk bersama kelab ini. Ketika saya meninggalkan kelab pada 2016, ada memaklumkan semua bahawa saya pergi ke luar untuk belajar, persiapkan diri dan akan kembali satu hari nanti apabila merasakan sudah bersedia dan anda boleh lihat saya di sini.

“Saya beberapa tahun lalu menyiapkan diri untuk cabaran ini (pengurus Arsenal).

“Saya tahu harapan, tahap dan kedudukan kelab itu dan saya sudah bersedia untuk cabaran itu membawa kelab ke era kegemilangan,” ujarnya.

Menurutnya, dia berazam untuk mengubah aura dan tenaga negatif yang menghantui kelab itu sambil mengakui dirinya sedih apabila berada di stadium tersebut minggu lalu.

“Saya mahu memujuk pemain kelab supaya memahami pelan pembaharuan saya dan kaedah saya mahu melaksanakannya dan mereka perlu memahami dan mengikuti proses berbeza yang ingin saya terapkan nanti,” tegasnya.-MalaysiaGazette