NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi mempertahankan Akta Pindaan Kewarganegaraan (CAA) kerajaan, walaupun protes terhadapnya berterusan.
“Kami meluluskan rang undang-undang ini untuk membantu mereka yang dianiaya.
“Kita perlu menghormati Parlimen India,” katanya pada perhimpunan di New Delhi.
Lebih 20 orang telah maut dalam pertempuran selama 10 hari yang dicetuskan oleh CAA, dilihat oleh para pengkritik sebagai anti-Islam.
Penunjuk perasaan terus berlaku di jalan-jalan raya walaupun larangan polis dikeluarkan.
Beribu-ribu orang didakwa telah ditahan dan perkhidmatan Internet digantung.
CAA menawarkan pengampunan kepada pendatang asing tanpa izin bukan Islam dari tiga negara jiran – Pakistan, Bangladesh dan Afghanistan.
Modi mempertahankan undang-undang di perhimpunan di ibu negara sempena kempen Parti Hindu Bharatiya Janata (BJP) untuk pemilihan negeri di sana.
Beliau mendakwa parti-parti politik tidak bercakap benar dan menyebarkan maklumat salah tentang CAA.
Modi turut mengutuk serangan ke atas polis, pengangkutan awam, kedai dan harta kerajaan.
Malah, beliau mempertahankan bahawa kerajaannya tidak pernah mempertikaikan agama seseorang semasa melaksanakan dasar-dasar utama.
Tegasnya, penduduk Islam India juga tidak perlu bimbang dengan pelaksanaan undang-undang kontroversi itu.
Pengkritik bimbang undang-undang baru itu akan melemahkan Perlembagaan sekular India.
Bagaimanapun, Kerajaan India mengatakan undang-undang itu akan melindungi golongan minoriti agama yang melarikan diri dari penganiayaan – tetapi langkah itu telah mendapat kritikan daripada pihak pembangkang dan kumpulan hak asasi antarabangsa. – MalaysiaGazette