MEXICO CITY – Duta besar Mexico ke Argentina melepaskan jawatan pada hari Ahad atas alasan masalah kesihatan.
Beliau baru-baru ini didakwa mencuri sebuah buku berharga AS$10 selepas didedahkan melalui rakaman video.
Ricardo Valero telah dipanggil balik pada awal bulan ini oleh Kementerian Luar Mexico sejurus selepas kejadian yang berlaku pada 26 Oktober di sebuah kedai buku Buenos Aires.
Melalui rakaman video tersebut, Valero dilihat mengambil buku dari rak dan menyembunyikan di dalam helaian akhbar yang kemudian disembunyikan di bawah lengannya.
Buku itu adalah biografi Giacomo Casanova, penulis Itali – juga bekalas askar dan pengintip abad ke-18 yang sering dikenang sebagai pengembara.
Kementerian menerima peletakan jawatan Valero.
“Ricardo Valero adalah seorang yang hebat, dia sedang menjalani rawatan neurologi dan saya mahu beliau pulih cepat,” kata Menteri Luar Marcelo Ebrard menerusi Twitter.
Tuduhan mengutil terbaru melibatkan kecurian baju di kedai bebas cukai di lapangan terbang antarabangsa Buenos Aires pada 10 Disember, menurut laporan media Argentina, hanya dua hari selepas dia ditarik balik dari jawatannya.
Beliau juga didakwa terlibat mencuri di kedai bebas cukai di Lapangan Terbang Buenos Aires pada 10 Disember lalu, menurut laporan media – dua hari selepas dia dipanggil balik. – MalaysiaGazette