Proton Saga rekod jualan terbaik untuk segmen sedan A.

KUALA LUMPUR – Affin Hwang Investment Bank Berhad mengunjurkan jumlah jualan Proton sepanjang 11 bulan pertama tahun ini sebanyak 89,000 unit atau kenaikan 51 peratus tahun ke tahun.

Untuk bulan November sahaja, jualan Proton dijangka meningkat kepada 9,600 unit.

Affin Hwang meramalkan Proton dalam melepasi sasaran jualan pada tahun ini sebanyak 100,000 unit, dipacu oleh permintaan terhadap Proton Saga dan X70.

Proton Saga dianggarkan menerima tempahan sebanyak 35,000 unit sejak ia dilancarkan pada April 2019.

Manakala, jualan Perodua untuk bulan November susut sebanyak 3% tahun ke tahun kepada 20,400 unit disebabkan jualan rendah bagi kereta penumpang dan kenderaan pelbagai guna.

Bagaimanapun, Perodua masih mengekalkan kedudukan dominan dengan penguasaan pasaran 40.4 peratus dalam tempoh 11 bulan 2019.

Dengan jumlah penjualan 11 bulan 2019 sebanyak 222,000 unit (pertambahan 6% tahun ke tahun, Perodua dijangka melebihi sasaran penjualan tahun ini sebanyak 235,000 unit (purata jualan tiga bulan sebanyak 18,700 unit), katanya.

Menurut firma penyelidikan itu, kempen promosi akhir tahun menyaksikan penambahbaikan berturut-turut bagi pengeluar bukan kereta nasional kecuali Mazda, dengan hanya 803 unit yang dijual pada November 2019, kejatuhan 58% tahun ke tahun, 20% bulan ke bulan.

Penurunan penjualan kenderaan Mazda ini disebabkan oleh isu kelulusan harga namun Affin Hwang percaya isu itu sudah diselesaikan.

Toyota pula masih menguasai jualan bagi jenama Jepun dengan jualan sebanyak 7,100 unit pada November 2019 (kenaikan 82% tahun ke tahun dan 7% bulan ke bulan).

Ia juga merekodkan jumlah jualan tertinggi sejak Ogos 2018 sebanyak 9,000 unit,” kata Affin Hwang.

Prestasi jualan jenama premium juga dipuji pada bulan November 2019 kerana jumlah jualan BMW / MINI dan Mercedes-Benz meningkat sebanyak 10% m-o-m dan 23% m-o-m masing-masing.

Prestasi jualan bagi jenama premium juga baik pada bulan November 2019 dengan kenaikan jualan BMW/MINI dan Mercedes-Benz naik masing-masing sebanyak 10% bulan ke bulan dan 23% bulan ke bulan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast