GOLCUK, Turki – Turki melancarkan kapal selam kelas 214, TCG Piri Reis, di daerah Koaeli Golcuk.

“Hari ini, kami berkumpul di sini untuk melabuh Piri Reis, bermula 2020, sebuah kapal selam akan beroperasi setiap tahun.

Menjelang 2027, semua enam buah kapal selam kami akan berada di lautan,”

“Sasaran kami adalah meralisasikan projek kapal selam kebangsaan,” kata Presiden Recep Tayyip Erdogan semasa berucap pada majlis pelancaran kapal selam itu seperti dipetik Hurriyet Daily News semalam.

TCG Piri Ries, kapal pertama Projek Kapal Selam Jenis Baharu Turki, dijangka memulakan operasi pada 2020.

Projek tersebut akan menambah inventori tentera laut turki kepada enam buah kapal selam.

Kapal selam tersebut boleh melancarkan torpedo dan peluru berpandu anti kapal selain meletakkan periuk api di laut

“Dengan dasar yang diikuti negara kita, kami akan mewujudkan hak yang telah tertangguh. Dalam konteks ini ia adalah kerja yang kita lakukan di timur Mediterranean, Syria dan Libya.

“Kami tidak berhasrat untuk merampas hak orang lain. Kami tidak mempunyai kemewahan untuk mengejar polisi yang senyap ini. Jika kami mengalah, mereka tidak akan membenarkan membenarkan kewujudan pantai malah sempadan menangkap ikan,” kata presiden itu.

Beliau turut mendakwa, Greece cuba memeras ugut hak Turki di lautan sambil menambah, Israel turut mempunyai niat yang sama.

“Kami tidak akan mematuhi sebarang arahan yang mana Turki akan mendapat satu peratus daripada penangkapan ikan,” kata beliau sambil menambah negaranya mempunyai pantai paling panjang di Mediterranean. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast