Dennis Muilenburg. foto Agensi

CALIFORNIA – Boeing telah memecat Ketua Eksekutifnya, Dennis Muilenburg susulan kejadian dua nahas membabitkan pesawat 737 Max.

Tragedi itu mengorbankan lebih 340 orang – mencetuskan dakwaan bahawa Boeing mengutamakan keuntung berbanding keselamatan penumpang,

Namun, keluarga mangsa-mangsa dua insiden itu menyatakan tindakan Boeing itu sebagai terlambat.

Malah, mereka turut mempersoalkan tindakan Boeing melantik David Calhoun untuk menggantikan Dennis.

Ini kerana David merupakan Ahli Lembaga Pengarah Boeing sejak tahun 2009 dan kini memegang jawatan Pengerusi, Ketua Pegawai dan Presiden.

Walaupun peletakan jawatan Muilenburg adalah satu langkah ke arah yang betul, adalah jelas bahawa Boeing memerlukan perbaikan tadbir urus korporatnya,” kata Paul Njoroge, yang kehilangan isterinya, tiga anak dan ibu mertua ketika Ethiopian Airlines 302 terhempas pada bulan Mac lalu.

Malah, katanya, Calhoun “bukan orang yang sesuai untuk jawatan tersebut”.

Zipporah Kuria, yang kehilangan bapa dalam pesawat Ethiopian Airlines berkata, Dennis sepatutnya digantikan dengan individu lain dahulu lagi.

“Pada saya lebih ramai lagi sepatutnya meletakkan jawatan termasuk individu yang dilantik sebagai CEO,” ujarnya.

Susulan nahas membabitkan Ethiopian Airlines, pesawat 737 Max telah digantung operasinya sejak bulan Mac lalu.

Boeing berharap pesawat yang mendapat sambutan jualan itu kembali beroperasi pada akhir tahun ini tetapi pihak berkuasa penerbangan Amerika Syarikat tidak memnbenarkannya.

Sebaliknya, minggu lalu, Boeing telah menghentikan pengeluaran pesawat berkenaan.

Calhoun akan mengambil alih jawatan itu pada 13 Januari depan.

Lawrence Kellner, seorang Ahli Lembaga Pengarah Boeing sejak tahun 2011 akan dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif serta-merta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast