Song membuka jaringan pertama Spurs bertwmu Borussia Dortmunds dalam aksi ke-16 Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi

LONDON – Tottenham Hotspurs mendapati hasil penemuan awal dalam kes dakwaan isyarat rasis terhadap pemain Cheksea Antonio Rudiger adalah tidak konklusif.

Namun beberapa penyokong Chelsea dilaporkan telah ditahan polis atas dakwaan membuli Son Heung-min dengan isyarat rasis.

Permainan dihentikan semasa perlawanan yang memihak kepada the Blues pada Ahad lalu selepas Rudiger mendengar sorakan menyabut perkataan monyet di tempat penyokong Spurs.

Spurs mendakwa pihaknya menyiasat dakwaan itu secara komprehensif.

Sementara itu, polis London berjaya menahan enam penyokong Chelsea yang didakwa membuli Son secara rasis semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris itu.

Bagaimanapun penahanan Polis Metropolitan itu tidak dapat dikaitkan dengan insiden yang melibatkan Rudiger.

“Kita telah berhubung dengan pakar pembaca gerakan bibir untuk meneliti rakaman di stadium semasa insiden itu dan menghubungi Chelsea untuk maklumat lanjut daripada pemain,” kata Spurs dalam kenyataan sambil menambah polis akan meneliti bukti mereka juga dalam kes tersebut.

Tambah kelab itu, pihaknya menyiasat secara serius dakwaan isyarat rasis monyet yang didakwa oleh Chelsea.

Kata Spurs, ia berupaya untuk mengesan setiap penyokong menggunakan kamera di stadium dan mana-mana individu yang didapati bersalah mengeluarkan isyarat rasis akan menerima penggantungan seumur hidup daripada memasuki stadium. – Agensi