DUBAI – Anak lelaki Jamal Khashoggi berkata, keluarganya mendapat keadilan susulan lima individu yang didakwa terlibat dalam pembunuhan terancang wartawan tersebut dijatuhi hukuman mati.
Salah Khashoggi turut mengucapkan terima kasih ke atas hukuman yang dikenakan terhadap pesalah-pesalah tersebut.
Terdahulu, pendakwa raya Arab Saudi berkata, lima orang telah dijatuhi hukuman mati dan tiga lagi hukuman penjara 24 tahun atas pembunuhan Khashoggi di Istanbul pada Oktober 2018.
“Hari ini kami telah diberi keadilan sebagai anak-anak Allahyarham. Kami mengesahkan keyakinan kami terhadap badan kehakiman Arab Saudi di semua peringkat, bahawa ia telah berlaku adil kepada kami dan undang-undang telah dilaksanakan,” kata Salah menerusi Twitternya. – MalaysiaGazette