Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan pemergian jurulatih badminton negara, Allahyarham Izuan Ibrahim sebagai satu kehilangan besar buat arena sukan itu.

“Kehilangan yang besar buat sukan badminton negara.

“Beliau sepatutnya memulakan tugas bersama BAM (Persatuan Badminton Malaysia) Januari nanti.

“Semoga roh beliau dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” tulisnya di laman sosial miliknya itu hari ini.

Izuan yang juga bekas ketua jurulatih Perlis meninggal dunia pada jam 7.20 malam tadi selepas tidak sedarkan diri sejak minggu lalu akibat pendarahan otak.

Allahyarham yang terlantar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian sejak 19 Disember lalu diberi bantuan pernafasan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas dikesan mengalami pendarahan otak susulan muntah-muntah akibat migrain seterusnya tidak sedarkan diri.

Pemergian Izuan ternyata menyentuh keluarga badminton dalam dan luar negara termasuk pemain nombor satu dunia, Kento Momota.

Momota yang juga bekas anak didik Allahyarham mengakui bahawa kematian jurulatih berusia 35 tahun itu adalah satu kehilangan besar buat dunia badminton. – MalaysiaGazette

Bekas jurulatih Kento Momota meninggal dunia

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast