DOHA- Mario Mandzukic melengkapkan perpindahan dari Serie A ke kelab Liga Qatar semalam.
Bintang Juventus itu berhijrah ke kelab Al-Duhail.
Pemain antarabangsa Croatia itu bukan lagi pilihan pertama di bawah pengurus baharu kelab di Turin, Maurizio Sarri musim ini.
Manchester United dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 33 tahun itu.
Bagaimanapun Mandzukic memilih untuk memulakan cabaran baharu di Timur Tengah.
Kelab di Doha itu diuruskan oleh bekas pembantu jurulatih Jose Mourinho, Rui Faria.
Bintang Croatia itu dikesan berada di Qatar pada Isnin lalu dan memuktamadkan penghijrahannya selepas menamatkan empat musim bersama the Old Lady.
Kini Al-Duhail mengungguli Liga Star Qatar dengan perbezaan empat mata selepas 11 perlawanan.
Mandzukic menjadi pilihan utama di bawah bekas pengurus Juventus, Massimiliano Allegri dan menjulang empat gelaran Serie A dan tiga Copa Italia sepanjang bersama kelab itu.-MalaysiaGazette