ANKARA – Presiden Tayyip Erdogan berkata Turki akan menghantar tentera ke Libya apabila negara Afrika Timur itu memohonnya.
Beliau akan membentangkan perundangan penempatan itu kepada Parlimen Turki pada Januari ini, lapor Reuters.
Semalam Erdogan yang melakukan lawatan ke Tunisia membincangkan kerjasama genjatan senjata di negara jiran, Libya.
Dalam ucapannya hari ini, beliau berkata, Turki dan Tunisia bersetuju untuk menyokong kerajaan Libya yang dipimpin Fayez al-Serraj. – Agensi