Prof. Datuk Dr. Hasan Mad

KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang menggabungkan ratusan NGO Melayu tidak akan berundur walaupun Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) membatalkan himpunan bantahan tulisan Jawi, esok.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof Datuk Dr. Hasan Mad menegaskan, bantahan tulisan Jawi itu adalah satu dari banyak isu dimainkan oleh Dong Zong yang mengguris hati dan perasaan orang Melayu serta umat Islam negara ini.

Katanya, Dong Zong telah menjolok sarang tebuan, maka sudah terlambat baginya kalau menganggap gerakan orang Melayu menentangnya akan berundur dan reda.

“Pembatalan himpunan itu tidak ada kena mengena dengan gerakan orang Melayu yang sedang kami himpun dan bersatu ini. Kami tidak akan berundur.

“Mereka telah terlanjur mengusik, menjolok sarang tebuan. Sekarang tebuan yang mereka jolok ini telah keluar mencari orang untuk disengat,” katanya kepada media selepas Majlis Gerakan Rakyat Menentang Republik Malaysia oleh golongan cauvinis anti-nasional di Wisma MPM di sini, hari ini.

Turut bersama dalam pertemuan itu, tiga bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, Tan Sri Zaman Khan dan Tan Sri Musa Hassan; Prof. Emeritus Zainal Kling, Tan Sri Abu Zahar Ujang, Datuk Faridah Jabbar dan lebih 50 wakil NGO Melayu.

Petang ini, polis telah mendapat perintah mahkamah tidak membenarkan Dong Jiao Zong menganjurkan persidangan membantah tulisan Jawi yang dijadual jam 1 tengah hari esok atas alasan mengganggu ketenteraman.

Dong Zong dan Jiao Zong dalam kenyataannya memberitahu, pihaknya telah menerima perintah mahkamah itu daripada polis pada jam 5.10 petang ini.

“Maka pihak Dong Jiao Zong terpaksa membatalkan persidangan tersebut,” kata kenyataan itu.

Hasan memberi amaran, persatuan Cina itu tidak boleh menyalahkan gabungan NGO Melayu jika ada tindakan daripadanya, kerana mereka yang memulakan dahulu.

“Jangan salahkan kami kalau kami bertindak, kerana dia yang memulakannya dan tindakan Dong Zong itu (membantah tulisan Jawi) hanya satu isu sahaja.

“Mereka tidak kata akan mengundurkan ideologi Parti Komunis Malaya (PKM), mereka tidak kata akan bawa balik abu mayat Chin Peng ke Thailand. Mereka tidak kata akan tutup sekolah vernakular.

“Mereka langsung tidak sebut pasal itu. Mereka hanya sebut (batal) pasal tulisan Jawi sahaja,” katanya.

Ujar beliau, orang Melayu tidak lagi akan berlembut jika Dong Zong cuba berhemah, kerana itu hanya berbentuk sementara.

Ditanya mengenai rancangan NGO itu berhimpun berhampiran bangunan Jiao Dong Zong, Hasan menjelaskan, beliau menyerahkan kepada wakil NGO berkenaan masing-masing.

“Kalau mereka hendak pergi juga, biar mereka pergi, dan jangan anggap keputusan mahkamah itu menyeronokkan kami kerana Dong Zong terpaksa membatalkan himpunan berkenaan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Sokong seratus peratus peranan ngo melayu jangan bagi muka pada yg tidak mengenal budi orang di tanahair sendiri , jika di panggil yg di kg kg tidak akan ketinggalan ,negara yg sudah aman damai sengaja mencari masalah , untuk dong zong jangan ingat kami akan melihat saja

  2. dong zong ada baju tebal. ada ridset. dia telah bersedia pada bila2 masa pun. harap2 melayu jangan cakap besar. ketika penyokong sedang menunggu pemimpin. sekali menerkam jangan pulang hingga mayat bergelimpangan

Comments are closed.