Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat TNB, Datuk Omar Sidek bercakap kepada media selepas Program Cabaran Memancing TNB-PTPTN Bersama Media anjuran Malaysia Gazette di Kolam Pancing, Kampung Delek, Klang. foto FAREEZ FADZIL, 28 DISEMBER 2019

KLANG – Kejayaan MalaysiaGazette (MG) menganjurkan pertandingan ‘Cabaran Memancing Media TNB-PTPTN 2019’ mendorong para penaja menzahirkan komitmen untuk menambah peruntukan bagi menjayakan pertandingan yang sama pada tahun depan.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) ternyata begitu teruja melihat maklumbalas yang begitu menggalakkan melalui pertandingan itu selain melihat sendiri  kegembiraan terpancar pada wajah-wajah pemancing yang berjaya menangkap pelbagai spesis ikan hari ini.

Ini sekaligus menyebabkan Pengurus Besar (Hal Ehwal Korporat) TNB, Datuk Omar Sidek membuat pengumuman mengejut pihaknya akan menambah penajaan sekali ganda supaya pertandingan tersebut dapat dijadikan acara tahunan untuk meraikan pengamal media.

Pengumuman itu juga menyebabkan rata-rata yang peserta yang hadir bersorak gembira dan mengucapkan terima kasih kepada TNB.

Ketika di temui MalaysiaGazette, Omar melahirkan rasa gembira dan berpuas hati dengan penganjuran julung kalinya serta berharap pertandingan yang lebih besar pada tahun depan.

“Bagi pihak TNB, saya ingin ucapkan tahniah kepada MalaysiaGazette berjaya menganjurkan pertandingan memancing pada hari ini. Saya nampak semuanya berjalan lancar malah semua nampak sangat gembira juga.

“Saya buat pengumuman sebanyak RM20,000 melihatkan kejayaan pada hari ini. Pihak TNB bersedia menjadi penaja pada tahun depan bagi pertandingan melibatkan pengamal media ini.

“Sambutan cukup menggalakan, MalaysiaGazette harus anjurkan lagi pertandingan seperti ini pada tahun hadapan, para media nampak sangat enjoy tadi. Memang seronok,” katanya yang hadir di lokasi pertandinhan di Kolam Air Ikan Masin Sungai Delek, Klang hari ini.

Datuk Omar Sidek mengangkat 10 ekor ikan pelbagai spesies yang telah berjaya dinaikkan oleh salah seorang peserta di Kolam Pancing, Kampung Delek, Klang. foto FAREEZ FADZIL, 28 DISEMBER 2019

Selain daripada TNB, satu lagi penaja besar, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diwakili oleh Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi), Mastura Mohd Khalid juga berbesar hati dan teruja dengan pertandingan memancing berkenaan.

“Tujuan utama kita memberikan tajaan adalah mendekatkan diri dengan para pengamal media yang telah banyak menabur jasa dengan kita selama ini. Malah saya gembira sangat-sangat dengan pertandingan sebentar tadi.

“Memang berjaya dan media juga nampak gembira dan berpuas hati. Semoga pertandingan seperti ini akan terus mendekatkan ukhwah antara kita pada masa hadapan juga,” ujarnya.

Penglibatan merangkumi hampir 70 pengamal media selain daripada wakil organisasi termasuk penaja menyertai pertandingan kali ini.

Sekurangnya-kurangnya 55 spesis ikan berjaya ditangkap dengan sekurang-kurangnya lebih 700 ekor telah dilepaskan dalam kolam berkenaan termasuk jenahak, koci, siakap serta kerapu Tiger.

Johan pertandingan membawa pulang wang  tunai RM1,000 serta Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bernilai RM1,000.

Selain, hadiah RM1,000 dimenangi juara, tempat kedua pula membawa pulang wang tunai RM500 dan cenderahati.

Tempat ketiga menerima wang tunai RM200 dan cenderahati manakala tempat keempat sehingga tempat ke-10 menerima wang tunai sebanyak RM50.

Selain daripada itu, MalaysiaGazette turut telah menyediakan hadiah-hadiah lain termasuk cabutan bertuah seperti televisyen pintar 40 inci serta barangan menarik lain. –MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast