Rais Yatim
Rais Yatim

KUALA LUMPUR – Tan Sri Rais Yatim berkata isu tulisan seni khat Jawi di sekolah vernakular menampakkan kelemahan dalam menegakkan yang hakiki.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Sembilan itu berkata, pertikaian semua penjuru mengenai rancangan pelaksanaan tulisan Jawi di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil bukan lagi merupakan soal politik tetapi ia merupakan isu kenegaraan yang memerlukan perhatian serius.

Katanya, isu tulisan Jawi kini menjadi soal kenegaraan yang melibatkan hak Raja-Raja, bangsa Melayu dan Malaysia

Berikutan itu, Rais Yatim menegaskan Raja boleh memainkan peranan positif dengan memberi nasihat.

“Takkan BBK (Badan Bukan Kerajaan) macam Dong Zong menghitam putihkan Tamadun kita,” soal beliau lagi dalam akaun Twitter sebagai menyatakan kekesalannya terhadap perkembangan semasa dan pendirian pertubuhan Cina itu dalam isu pengenalan Jawi dio sekolah vernakular. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

Comments are closed.