Helikopter tentera Black Hawk yang terhempas ketika melakukan pendaratan cemas. foto YILAN COUNTY FIRE BUREAU

TAIPEI – Pegawai tinggi tentera Taiwan antara lapan orang yang terbunuh selepas helikopter yang dinaiki melakukan pendaratan kecemasan di laluan gunung.

Jeneral Shen Yi-ming dan 12 yang lain berada di helikopter Black Hawk apabila ia terpaksa mendarat akibat cuaca buruk berhampiran ibu negara.

Laporan awal mengatakan beberapa orang telah ditemui hidup dan ada yang “terperangkap di bawah serpihan helikopter”.

Ketika kejadian, Shen sedang dalam penerbangan ke pangkalan tentera di timur laut Taiwan.

Beberapa pegawai tentera juga berada di dalam helikopter tersebut.

Taiwan telah menghantar dua lagi Black Hawk dan kira-kira 80 orang tentera di lokasi kejadian dekat Tonghou Creek di Wulai.

Helikopter berkenaan telah berlepas dari pangkalan udara Songshan pada jam 7.54 pagi ke pangkalan tentera di Dong’ao di Yilan.

Ia melakukan pendaratan cemas semasa pihak berkuasa udara terputus hubungan dengannya pada jam 8.22 pagi, menurut Kementerian Pertahanan.

Pasukan mencari dan menyelamat cuba menuju ke tempat kejadian secepat mungkin tetapi keadaan laluan sukar.

Amerika Syarikat telah menjual 60 helikopter Black Hawk pada tahun 2010.

Tetapi tidak jelas sama ada helikopter yang terhempas ini adalah salah satu daripadanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast