Datuk Karim Bujang.

KOTA KINABALU – Warisan hari ini mempertaruhkan bekas calon lamanya sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis.

Calon berkenaan ialah Datuk Karim Bujang yang menjadi lawan kepada Barisan Nasional pada PRU-14 lalu namun tewas di tangan Datuk Seri Anifah Aman.

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd, Shafie Apdal membuat pengumuman itu semasa melancarkan jentera pilihan raya parti berkenaan di Membakut.

“Calon mestilah seorang pejuang yang berjuang untuk rakyat, bukannya orang yang mengejar kedudukan atau kepentingan peribadi,” kata Mohd. Shafie.

Karim juga individu yang sama memfailkan petisyen pilihan raya yang membuka jalan kepada PRK kali ini.

Bekas menteri luar Anifah Aman yang memenangi kerusi tersebut untuk penggal keempat dengan majoriti kecil pada 2018 tewas dalam kesnya di mahkamah bukan lepas, sekali gus memnyebabkan PRK diadakan.

Pada pilihan raya umum 2018, Warisan juga meletakkan Karim, yang meraih 11,786 undi, kurang 156 undi berbanding Anifah yang bertanding atas tiket UMNO ketika itu.

Karim dijangka bertemu dengan calon BN, Datuk Mohamad Alamin.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Mohamad Alamin calon BN pada PRK Kimanis

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.