KUALA LUMPUR – “Zalim!” ciap Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein terhadap tindakan Majlis Perbandaran Kluang (MPK) merobohkan papan iklan ucapannya sempena Tahun Baharu 2020.

Papan iklan itu didirikan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh.

Menurut Twitter Sembrong Kita, tindakan Majlis Perbandaran Kluang (MPK) merobohkan papan iklan itu didakwa kesan daripada tekanan politik daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Ia tidak mustahil memandangkan DUN Paloh kini diterajui DAP. Malah, sebahagian besar Ahli Majlis MPK juga dilantik oleh PH – DAP.

“Jadi, tidak hairanlah mengapa mereka langsung tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sedangkal ini,” kata admin twitter berkenaan.

Menurutnya, Pusat Khidmat Parlimen Sembrong telah mendapatkan kebenaran MPK sewaktu ia hendak didirikan dan ia telah pun terbina sekian lama.

“Betapa rendahnya mentaliti orang-orang PH. Sudah hampir dua tahun memerintah negara pun, masih lagi mengamalkan politik kebencian. Sehinggakan, dengan billboard Ahli Parlimen Sembrong pun mereka takut,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

6 Komen

  1. Ikut la undang undang mesti ada kelulusan dan bayar insuran. Takut nanti kene kepala rakyat terutamanya amenok bosku ape maluya.

Comments are closed.