Lim Guan Eng

BUTTERWORTH – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pihaknya mempunyai pandangan sendiri berhubung calon yang bakal mengisi jawatan Menteri Pendidikan yang dikosongkan oleh Dr Maszlee Malik.

Sehubungan dengan itu, kata ahli Parlimen Bagan itu, adalah lebih jika perkara itu dapat dibincangkan antara parti dalam Pakatan Harapan sebelum pengganti Dr Maszlee diputuskan.

“Lebih baik kita bincang bersama dalam mesyuarat PH. Tentu parti ada pandangan masing-masing. Itu lebih elok,” katanya dipetik daripada BH Online.

Guan Eng yang juga Menteri Kewangan berkata demikian dalam sidang media selepas  merasmikan projek naik taraf blok 826 Kuarters Kastam Bagan Jermal, di sini, hari ini.

Ditanya spekulasi jawatan tersebut akan diisi oleh Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed, katanya, beliau tidak tahu mengenainya tetapi yakin menteri baru yang bakal dilantik kelak adalah seseorang daripada PH.

Beliau juga enggan mengulas berhubung cadangan supaya akademik menjadi menteri pendidikan sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada Perdanq Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Khamis lalu, Maszlee mengumumkan peletakan jawatannya sebagai menteri pendidikan pada sidang media khas di Putrajaya, selepas mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir.

Perdana Menteri dalam kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya pada hari sama berkata pengganti Maszlee akan diumumkan sedikit masa lagi.

Mengenai rombakan Kabinet, katanya, perkara itu tidak pernah dibincangkan biarpun sudah beberapa kali pertemuan dengan perdana menteri diadakan.

“Selalu jumpa Perdana Menteri tapi perkara ini tidak pernah ditimbulkan.

“Kita selalu bincang tentang urusan berkaitan kementerian kewangan. Apa yang saya bincang dengan Perdana Menteri biarlah sulit,” katanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

    • Dap begitu bernafsu nak jawatan kpm sebab senang lah nk iktiraf uec.ingat rakyat malaysia bodoh ke nk terima

Comments are closed.