LONDON – Tottenham Hotspur kini berdepan dengan masalah kecederaaan yang menimpa pemainnya apabila kaptennya, Harry Kane dijangka berehat panjang.
Kane, 26, mengumumkan perkara itu menerusi Twitter miliknya.
Dia akan disisihkan selama dua bulan selepas mengalami kecederaan di bahagian hamstring ketika menentang Southampton.
Musim ini, Kane terus menjadi nadi penting Spurs dan konsisten menjaringkan gol walaupun prestasi pasukannya yang turun naik.
Pengurus, Jose Mourinho kini perlu mencari alternatif lain dengan meletakkan sandaran kepada pemain Fernando Llorente selain penyerang sayap, Son Heung Min.
Spurs juga dilaporkan sedang berusaha membawa masuk penyerang Borussia Dortmund iaitu Paco Alcacer selepas kelab Jerman mendapatkan Erling Braut Haaland.
Mourinho sebelum ini sudah pun kehilangan Tanguy Ndombele kerana kecederaan. – MalaysiaGazette