Bront Palarae

KUALA LUMPUR – Laporan yang mencadangkan kerajaan memerlukan 32 unit Toyota Vellfire bagi kegunaan menteri dan pegawai tinggi kerajaan serta 3,000 unit Honda Accord untuk kegunaan pegawai kerajaan turut mendapat perhatian selebriti tanah air.

Antara yang memberikan pendapat adalah pelakon terkenal, Bront Palarae di laman Twitter miliknya.

Bront mempersoalkan bagaimana mahu meyakinkan orang luar untuk membeli kereta tempatan kita jika pihak atasan sendiri tidak mahu menggunakannya sebagai kereta rasmi.

Tambahnya lagi, jika ianya bertujuan untuk hubungan diplomatik dengan negara Jepun, maka kerajaan Jepun juga perlu menggunakan kereta buatan Malaysia sebagai balas ganti.

Sebelum ini, isu pembelian kereta itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada rakyat yang menyifatkan ianya satu pembaziran. – MalaysiGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast