Itu kejadian yang didakwa berlaku di Pejabat Pos Laju di Machang seperti dakwaan Rafi Awang Kechik.

KUALA LUMPUR – Sampai kena dukung masa berurusan di pejabat Pos Malaysia.

Itu kejadian yang didakwa berlaku di Pejabat Pos Laju di Machang seperti dakwaan Rafi Awang Kechik.

“Makin gila kerajaan ni..baru ni naik ambulan ke KWSP (kalau tak silap)..ini Pos Malaysia pula..!

“Sombong kerani dalam tu..keluarlah dari kaunter kalau nak ambil sign atau cop jari..sampai berusung pak cik tu..jenis kerani tak ada hati perut ni!” ujarnya dalam Facebooknya hari ini.

Beliau turut memuatnaik gambar seorang lelaki didukung bagi berurusan di Pejabat Pos Malaysia di Machang, Kelantan.

Menurutnya, ia seolah-olah ciri-ciri etika kerja pada zaman Malaysia Baru kerana zaman Pakatan Harapan ini nilai-nilai kemanusiaan sudah tidak ada.

Sementara itu, seorang netizen, Masturi yang memberi komen pada status Rafi mendakwa, pak cik berkenaan mahu mengeluarkan wangnya dan dia ada di pejabat pos berkenaan semasa kejadian.

Malangnya, Pos Malaysia di tempat kejadian tidak menyediakan kerusi roda.

Seorang lagi netizen, Mat Nor Su Pjenereh mempersoalkan kenapa kakitangan Pos Malaysia keluar dari kaunter dan memudahkan urusan individu yang uzur terbabit.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast