KUALA LUMPUR – Pelakon popular Indonesia, Ria Irawan meninggal dunai pada pagi tadi akibat kanser limfoma yang dihidapinya sejak 2009.

Beliau meninggal di Hospital Cipto Mangunkusumo, Jakarta pada pukul 4 pagi hari ini.

Suaminya, Mayky Wongkar berkata, sel kanser menyerang bahagian otak dan paru-paru sehingga meragut nyawanya.

“Sel kanser itu sangat agresif. Selesai menjalani rawatan untuk otak, tiba-tiba paru-parunya pula terkena serangan. Badannya panas dan secara tiba-tiba, sesak nafas,” katanya.

Jenazah Ria Irawan dibawa ke rumah mayat Lebak Bulus, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Umum Tanah Kusir selepas waktu Zuhur.

Kanser Ria yang mula menyerang tulang pinggul kanannya dikesan pada 2009, namun disahkan sembuh pada 2014 selepas proses rawatan kemoterapi.

Bagaimanapun pada Mac tahun lalu, keadaan kesihatannya kembali buruk dan kerap kali berulang alik ke hospital untuk menjalani rawatan.

Sepanjang hayatnya, Ria pernah membintangi lebih 40 filem, 10 sinetron dan menghasilkan beberapa lagu serta menerima pelbagai anugerah dalam bidang seni. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast