Asyraf Wajdi Dasuki

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan isytihar RM300 juta baik pulih kemudahan sukan jelas ada ‘rasuah politik’ dalam PRK Parlimen Kimanis.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki itu bukti ia berlaku yang terus dilakukan Pakatan Harapan (PH) termasuk dalam PRK lain sebelum ini.

Lebih-lebih lagi pengumuman Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilakukan bersama calon PH, Datuk Karim Bujang.

“Selain itu program cabutan bertuah yang menjanjikan pelbagai hadiah lumayan oleh pihak Warisan-PH juga jelas bercanggah dan menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Terang Asyraf Wajdi, menurut Seksyen 10(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, adalah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana pihak berjanji memberikan balasan wang atau sesuatu bernilai kepada pengundi bagi mendorong mereka memilih mana-mana calon.

“Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda antara RM1,000 hingga RM5,000. Harap pihak SPR ambil perhatian!” tegasnya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast