Pierre-Emerick Aubameyang.

LONDON – Pierre Emerick Aubameyang memberitahu penyokong Arsenal bahawa beliau suka dengan Arsenal yang membuatkannya komited untuk bersama Gunners.

Pemain itu dikatakan akan meninggalkan kelab London utara itu kerana tidak gembira di Arsenal.

Bagaimanapun penyerang tersebut menafikan sebarang desas desus yang mengaitkan beliau meninggalkan Gunner dan meminta tumpuan diberikan kepada prestasi di atas padang.

“Orang ramai suka mereka cerita dan mereka sepatutnya memberi tumpuan apa yang berlaku di atas padang. Mereka cakap terlalu banyak dan ia mengecewakan saya.

“Saya adalah kapten Arsenal. Saya cintakan kelab ini. Saya komited dengannya dan mahu membawanya kembali ke puncak,” katanya seperti dipetik The Sun.

Aubameyang telah menjaringkan gol dalam dua daripada tiga perlawananan di Emirates yang dikendalikan Mikel Arteta, namun pemain itu tidak menjaringkan gol ketika Arsenal menang 2-0 ke atas Manchester United.

Penyerang berusai 30 tahun itu berkata: “Akhirnya kami menang di gelanggang sendiri,”.

Menurut beliau, keseluruhan pemain berasa positif pada tiga perlawanaan terakhir.

Katanya, kini mereka bersedia untuk memberi komitmen sepenuhnya dan ketibaan Arteta di Emirates telah meraptkaan pemain sebagai sebuah pasukan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast