Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd., Mohamed Hazlan Mohamed Hussain digantung tugas kerana prestasi yang tidak memuaskan.

Menurut laporan portal The Malaysian Insight, lembaga pengarah membuat keputusan menggantung tugas Hazlan bagi melaksanakan siasatan berhubung kualiti perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) yang dikendalikan syarikat tersebut.

Keputusan tersebut dibuat pada 24 Disember lalu, katanya.

Buat sementara waktu, tugas Hazlan akan dipangku oleh Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pengangkutan awam tersebut, Nizam Alias.

Setakat ini masih tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Prasarana berhubung dakwaan tersebut.

Hazlan dilantik ke jawatan tersebut pada 3 September 2018 bagi menggantikan Masnizam Hisham yang tamat tempoh perkhidmatan.- MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast