KUALA LUMPUR – Pemain kacukan Scotland Malaysia, Stuart James Wilson Wark sah menjadi milik Terengganu Football Club (TFC) selepas menandatangani kontrak bersama skuad itu untuk musim 2020.

Stuart yang bakal menyarung jersi bernombor 55 merupakan pemain tempatan kacukan pertama bagi skuad TFC.

Dia bakal memberi kelebihan buat pasukan itu kerana memiliki fizikal ketinggian yang baik.

Stuart sebelum ini pernah bersama beberapa kelab di Malaysia antaranya Johor Darul Ta’zim (JDT), Felda United dan Pulau Pinang.

Stuart bakal memantapkan bahagian pertahanan TFC bagi aksi Liga Super 2020. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast