KUALA LUMPUR – Mengejutkan apabila seseorang yang bergelar Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh ‘membelakangkan’ polis dengan bertindak membocorkan rahsia sulit kepada umum sebelum kes itu mula disiasat.

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang hairan dengan Latheefa Koya yang mendedahkan rakaman-rakaman perbualan ‘sulit’ dan rahsia kepada masyarakat umum melalui sidang media sebelum ia disiasat polis.

“Latheefa memberitahu media bahawa bekas bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Zulkifli Ahmad telah membincangkan sesuatu yang dianggap sebagai rahsia rasmi terlebih dahulu dengan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Jadi soalan saya, Latheefa juga bersalah kerana perkara ini masih perlu melalui siasatan rapi, tetapi beliau sendiri bertindak membocorkan rakaman perbualan kepada umum terlebih dahulu.

“Latheefa sendiri sedia maklum pihak SPRM tidak menyiasat perkara tersebut sebaliknya perlu menyerahkan perkara ini kepada pihak polis untuk siasatan.

“Apa yang telah dilakukan oleh Latheefa sebenarnya adalah membocorkan dan mendedahkan semua rahsia yang sepatutnya disiasat oleh polis terlebih dahulu. Itu kerja polis, bukan dia. Sejak bila rahsia kerajaan yang kamu dakwa dalam rakaman itu kamu dedahkan kepada media Latheefa?

“Pihak polis pula kini terpaksa menyiasat sesuatu yang sulit tetapi sudah diketahui oleh umum secara meluas. Bukankah itu kesalahan besar dilakukan oleh Latheefa?,” soalnya selepas penangguhan perbicaraan SRC International Sdn Bhd.

Pada pagi tadi, Latheefa membuat pendedahan mengejutkan apabila memainkan kepada media beberapa set rakaman audio perbualan yang melibatkan Najib yang disifatkan sebagai kebocoran maklumat daripada Jabatan Peguam Negara.

Selepas semua rakaman audio diputarkan semasa sidang media yang dijalankan secara langsung melalui televisyen, Latheefa berkata, ia menimbulkan banyak perkara.

“Terdapat pelbagai isu serius yang timbul termasuk menyalahgunakan kuasa, konspirasi jenayah, menghalang keadilan, menjejaskan keselamatan negara, membuat bukti palsu melalui bantuan asing dan membiarkan perbuatan salah,” kata beliau.

Latheefa berkata, pejabatnya akan menyerahkan bahan tersebut kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk memudahkan penyiasatan.

Kata Latheefa lagi, beliau bertindak mendedahkan kepada umum terlebih dahulu malah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sendiri belum tahu apa-apa butiran tentang perkara itu.

Perbualan itu berlaku antara 5 Januari dan 29 Julai 2016, kata Latheefa sambil menambah, SPRM menerima rakaman tersebut pada tahun baru.

Bagaimanapun, Latheefa enggan mendedahkan dari siapa, bagaimana atau dalam bentuk apa suruhanjaya itu menerima rakaman tersebut tetapi berkata, beliau percaya ia berkaitan dengan SRC International Sdn Bhd.

Satu lagi syarikat, 1Malaysia Development Bhd (1MDB), juga dirujuk di beberapa bahagian perbualan itu yang diputarkan untuk didengari media.

Shafee juga menempelek Latheefa yang disifatkannya sebagai ‘ahli politik’ berbanding menjadi Pesuruhjaya SPRM.

“Apakah agenda untuk lakukan semua ini lagi-lagi ketika PRK Kimanis? Jangan lupa kamu adalah Pesuruhjaya SPRM bukan lagi politik, jangan berpoliitk atau letak jawatan dan kembali aktif dalam politik.

“Kita sedang mengkaji apakah jenis tindakan susulan yang boleh di ambil melalui perundangan terhadap SPRM khasnya Latheefa itu sendiri pada masa ini.

“Sebagai seorang pakar undang-undang, pastinya Latheefa juga sedia maklum kes-kes yang sedang berjalan ketika ini. Adakah Latheefa mahu cuba mempengaruhi kes yang sedang dibicarakan ketika ini?

“Banyak yang telah Latheefa langgar dalam pendedahan rakaman-rakaman audio ini. Apa agenda sebenarnya,” jelasnya. –MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. “Sebagai seorang pakar undang-undang, pastinya Latheefa juga sedia maklum kes-kes yang sedang berjalan ketika ini. Adakah Latheefa mahu cuba mempengaruhi kes yang sedang dibicarakan ketika ini? Aku nk tgok org msuk pjara …suka2 hati mak bapak ko dedah perkara yg rahsia ngra…tangkap mnusia bodoh tu..aku skong 1 juta peratus apa yg di katakn olh tan sri syafie tu..bljar undang2 tapi bodoh tak tahu apa yg salh n apa yg btul…

  2. Harsp dato najib ambil tindakkan SAMAN pd latifah koyakkk ni .. jenis manusia gila kuasa dan ego , berlagak bodoh sombong .. puiiii

Comments are closed.