KUALA LUMPUR – Kerap mengatakan kepada mahkamah bahawa tandatangannya berpotensi dimanipulasi dan dipalsukan, Datuk Seri Najib Razak diasak Timbalan Pendakwa Raya, V Sithambaram untuk memberitahu Mahkamah Tinggi siapa dalam SRC International Sdn Bhd yang berani dan mampu bertindak sedemikian.

Bagaimanapun bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau tidak tahu siapa yang berkemampuan bertindak sedemikan untuk semua urusan khususnya pindahan dana daripada syarikat tersebut.

Sithambaram: Datuk Seri beberapa kali mengatakan dalam mahkamah bahawa tandatangan anda boleh dimanipulasi. Sekarang saya mahu tanya siapa dalam syarikat itu yang ada kapasiti untuk memanipulasikan tanda tangan anda?

Najib: Saya tidak tahu.

Sebelum menjawab soalan tersebut Najib berkata, bukan sahaja beliau membuat dakwaan seperti itu.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast