Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle. foto Agensi

LONDON – Putera Harry dan isterinya Meghan Markle mengumumkan mahu ‘mengundurkan diri’ sebagai ‘orang kanan’ dalam keluarga diraja Britain dan menghabiskan lebih banyak masa di Amerika Utara.

Pengumuman itu telah menyebabkan Ratu Elizabeth terkejut.

Adik kepada Putera William itu berharap dapat bebas daripada penggantungan kewangan dan berhasrat mahu terlibat dalam kebajikan sambil meneruskan beberapa tugas diraja.

“Selepas beberapa bulan berbincang secara mendalam, kami memilih untuk melakukan peralihan tahun ini dengan memulakan peranan baru yang progresif dalam institusi ini.

“Kami kini merancang untuk menyeimbangkan masa antara United Kingdom dan Amerika Utara dan terus menghormati tugas kami kepada Ratu, Komanwel dan naungan kami,” kata Harry, pewaris keenam dalam barisan takhta dalam satu kenyataan bersama Meghan.

Pasangan itu berkata mereka akan berkongsi butiran penuh “langkah seterusnya” sebaik sahaja membincangkannya dengan Ratu Elizabeth, bapa Putera Harry, Prince Charles dan Putera William.

Difahamkan keputusan pasangan itu tidak dirundingkan dengan mana-mana keluarga diraja.

Istana Buckingham berkata, perbincangan dengan Harry dan Meghan masih di peringkat awal.

“Kami memahami kehendak mereka yang mahu melakukan pendekatan berbeza tetapi ia adalah isu yang sukar dan akan mengambil masa,” katanya.

Putera Harry, 35, dan Meghan, 38, berkahwin pada Mei 2018 dan memiliki seorang putera, Archie Harrison Mountbatten-Windsor. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast