TERKINI : MY Gadis Satu-satunya Pasukan Wanita Beraksi Di RLIR

LANGKAWI – Kelibat kaum wanita selama ini hanya mendapat perhatian daripada peminat tempatan dalam sukan utama seperti badminton, renang, boling atau hoki.

Agak sukar untuk melihat golongan yang memiliki kehebatan diketengahkan sebagai pelayar wanita di tengah lautan yang bergelora. Namun Kejuaraan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) Belt & Road yang berlangsung di sini menonjolkan aksi luar biasa enam wanita termasuk seorang simpanan yang merupakan satu-satunya pasukan wanita yang beraksi bersama 28 bot lain.

Dikenali MY Gadis, pasukan terdiri daripada kaum hawa terdiri daripada pelbagai profesion seperti ahli korporat, peguam, pegawai kerajaan, ahli perniagaan dan suri rumah namun memiliki minat sama dalam pelayaran.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast